bukan kerana kemarau panjang
lautan api menjadi gersang
bukan kerana ribut dan taufan......
bunga ku layu dalam jambangan
tapi kerana takdir
kerna bersebab
sebab menanti masa
sampailah waktu akhirnya...
terputuslah tali ikatan janji nilai kasih
terpahatlah mimpi dalam rindu
yang setia menunggu
Cinta seumpama bayang-bayang
bila terang ia hadir
walaupun di usir
bila kelam
ia hilang walaupun di undang